Assalamualaikum WBT...
Alhamdulillah, syukur ke hadhrat Ilahi kerana memberi kesempatan untuk menjemput seorang Ustaz daripada rancangan Imam Muda iaitu Ustaz Asyraf untuk ke Majlis Tafaquffiddin (Majlis Jom Mengaji) pada tanggal 8 Januari 2012M bersamaan 14 Safar 1433H di Surau Al-A'laa, Taman Desa Sena, Tasek Gelugor.
Untuk pengetahuan semua, pada minggu ini merupakan kelas bersama Dato' Mufti Pulau Pinang dengan kitabnya, Matla' Al-Badrain dan Slot Tanyalah Mufti. Pada permulaannya, Imam Muda Asyraf memberi sedikit pengisian dan perkongsian bersama pada hadirin dan kemudiannya diteruskan Sahibus Samahah Mufti Pulau Pinang dengan menyambung pelajaran daripada kitab Matla' Al-Badrain dengan tajuk "Syarat Harga & Jualan". Seterusnya, tiba saat yang dinantikan oleh para hadirin iaitu "Slot Tanyalah Mufti dan Imam Muda" kerana terdapat juga beberapa soalan yang dikhaskan pada Imam Muda, Dato' Mufti dan kedua-duanya sekali. Slot ini mengambil masa yang panjang berikutan pertanyaan soalan yg begitu banyak sekali.
0 comments:
Post a Comment