CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, December 26, 2011

Kem Generasi Islam 2011

Kem Generasi Islam 2011 yang berlangsung pada 11 ~ 15hb Disember 2011 merupakan program yg dianjurkan oleh Yayasan Paksi Cawangan Tasek Gelugor & AJK Surau Al-A’ala, Taman Desa Sena. Kem ini diadakan di Darus Salam, Pongsu Seribu, Kepala Batas (Simpangnya di depan sebuah kedai membaiki motorsikal di hadapan Taman Koskam).
                 Kem ini diadakan selama 5 hari  4 malam dan disertai seramai 39 peserta yang tinggal diserata Pulau Pinang daripada umur 10 ~ 15 tahun serta dibantu oleh 9 orang fasilitator yang rata-rata merupakan penuntut IPT yang terdiri daripada 4 orang muslimat dan 5 orang muslimin. Apa yang dibanggakan ialah ini merupakan program sulung untuk kanak-kanak dan remaja bagi Yayasan Paksi Cawangan Tasek Gelugor yang masih lagi muda dari segi penubuhannya di Tasek Gelugor.
                Tanggal 11hb Disember 2011 pada pukul 2.00ptg, pendaftaran diadakan di Darus Salam. Peserta disini diterapkan amalan-amalan seperti membaca Al-Ma’thurat selepas solat Subuh dan Asar, membaca surah Al-Mulk sebelum tidur, serta makan dan solat berjamaah. Di samping itu, mereka juga turut membuat hafazan surah-surah lazim dan menghadiri  talaqqi. Di kelas Talaqqi, mereka diajar 2 subjek, yakni “Al-Mukhtasar Al-Mufid” dan “Hadith Matan Arabain Nawawi” dan gurunya juga dari ILMAM, Ustaz Faisol & Ustaz Zulzlee Ariffin. Latihan Dalam Kumpulan (LDK) mereka membincangkan mengenai “Menutup Aurat : Hikmah disebalik kewajipan”.
                Selain itu, terdapat slot-slot tambahan seperti slot motivasi daripada Ustaz Khairul Anuar, Pengerusi Yayasan Paksi, Haji Abdul Ghani dan Saudara Ahmad Shuhaimi. Seterusnya, peserta-peserta juga dihidangkan dengan tayangan video yang menginsafkan jiwa dan membangkitkan semangat juang oleh Saudara Ahmad Lazuardee merupakan salah seorang daripada fasilitator kem ini. Pada malam terakhir, peserta kem ini diminta untuk mengadakan persembahan pada Malam Kesenian Islam, KGI 2011. Disini kita dapat lihat, biarpun peserta diberi tugasan yang agak lewat, tetapi mereka dapat lakukan tugasan tersebut dengan sukses. Tahniah diucapkan pada mereka!

(Disediakan oleh : AHMAD LAZUARDEE BIN AHMAD SHUHAIMEE)


Saturday, December 3, 2011

Huuhuhuhuhu... & Hahahahahaha...

Salam sume...

Nak citer apa yg dah trjadi pd aku pada tanggal 2hb Disember 2011... Aku xkan lupakan seumur idop aku... Insya-Allah... ada 2 kejadian yg tlah brlaku pada ari trsebut...

Kejadian 1:

Sebagai seorg muslim, aku harus menjalankan kewajiban ni tiap2 minggu iaitu pegi solat Jumaat... Seperti biasa la, masjid yg nak pegi 2 agak jaoh. So, aku ngan adik aku nek la motorsikal Modenas Kriss 120cc... masa nek motor tu, aku la raja di atas tar!!! (sbb kwasan umah aku ni brsebelahan dgn kwasan ladang kelapa sawit Malakoff... klau bwk laju pown xda masalah kan???) sebelum sampai kan masjid sempat lagi tenung2 pelayan pompuan yg jaga kat kedai depan masjid 2... (mmber lama la... satu skolah menengah dolu...) ari ni khatib Jumaat mengkhutbahkan tentang Maal Hijrah & Awal Muharram... (ala.. besa la... kena la dgn isu semasa... klau bincang psl UMNO, aku rembat tok khatib 2...) Masa nak balik 2... (jeng3... bapak nebes ni...) aku punya la brsemangat nak balik... tiba2... slipar febret aku 2 ilang... aku memula xcaya jgk slipar aku yg kontra warnanya drpd org lain 2 bley ilang... huhuhhu... nak wat camner... sabo la ambo ni...

Slipar aku... sama mcm slipar mamat niw...
"Bakpo la jadi gini ko kawe???"

Kejadian 2:

Dgn mood yg xberapa nak ok sbb selipar febret aku ilang, aku pown sambong la men game pd mlm 2... nak pegi solat Maghrib & Isya', xbley sbb xda selipar... apa la nasib... Dgn kebijaksanaan aku, aku memanipulasikan kemarahan aku ke arah permainan komputer yg bapak susah stage-nya itu iaitu Titan Quest : Immortal Throne... kini aku dah sampai di stage yg agak susah iaitu aku harus brtarung dgn "Tuhan" (apa la bengong punya Tuhan... masalah Tuhan wat kacau, manusia yg lemah ni jugak la kena settle...) klau "Tuhan" cikai2 je, xde hal... ni besar "Tuhan" tu 2setgh tinggi character aku... ada 2psg tangan... bley gunakan suma jenis magis... Tp.. aku hebat lg... wlaupown dia ada kuasa, aku ada kebijaksanaan dan sedikit kebolehan yg menyebabkan kemenangan di pihak aku!!! yup!!! I juz kick that f*cking Typhon's butt finally!!! Woooohhooooo!!!

Akhirnya!!! dpt jgk aku tewaskan ko, The Bane of God...