Assalamualaikum Semua...
INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROJIUN...
Belasungkawa diucapkan buat tetangga saya yg baru sahaja
bertemu dengan Penciptanya tanggal 29hb Mac 2012M bersamaan Malam 7 Rabiul
Akhir 1433H pada jam 5.30 petang tadi.
Disaat kita mendapat perkara baharu, kita harus sedar bahawa
Allah SWT telah mengurniakan sebaliknya buat saudara kita yang lain. Hal inilah
yang telah berlaku pada keluarga mereka ini. Belum sempat si mati pulang
bertemu keluarga yang dicintai, tiada sesiapa sangka bahawa beliau yang sedang
membonceng motosikal lamanya itu menghembuskan nafasnya yang terakhir di
simpang masuk Permatang Indah di hadapan gerai makan MK Klasik Kafe dengan
diserek lebih kurang 12 meter oleh seorang pemandu lori India yang tidak
mengenal erti kesabaran dan sanggup melanggar undang-undang jalanraya dengan memotong
garisan berkembar (double line)di kawasan kampung ini.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut bertindak
pantas membantu mengawal lalulintas dan berjaya menangkap pemandu lori
tersebut. Dah nasib badan, akibat memotong di garisan berkembar atau double line, beliau terpaksa menerima
amarah penduduk setempat dan ada yang menyatakan tiga line (PERKIDA) juga
turut serta berada di tapak kejadian tersebut telah membakar lori tersebut
setelah diletakkan dibahu jalan dihadapan sebuah kedai.
Yang saya tidak pasti ialah mengenai keadaan si mati.
Dikatakan, keadaan beliau begitu mengerikan kerana kepalanya diserek di tayar
lori tersebut sehingga menampakkan tengkoraknya. (Sungguh mengerikan kejadian
tersebut!!!) Yang pastinya ialah selepas solat Isya’ akan diadakan bacaan surah
Yaasin dan tahlil. Semoga Allah SWT meringankan azab beliau dan keluarga serta
digolongkan dalam kalangan para muslimin... AMIN...
Lori yang telah melanggar seorang
pembonceng motosikal tersebut menerima amarah penduduk kampung
p/s :
Selalunya balik kerja, jam2 mcm ni la... (5.00ptg ~
6.00ptg) tp Allah SWT tidak mengizinkan diriku menyaksikan kejadian ini berlaku
di hadapan mataku... PERCAYA PADA QADA’ DAN QADAR...
