CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, May 24, 2011

Kenapa Tuhan menghilangkan lidah ikan?

Rasululllah s.a.w bersabda: " Sejahat-jahat manusia pada hari kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari lidah dari lidah api neraka jahannam ".Sabda Rasulullah s.a.w lagi: "tidak akan masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita".

Pabila ditanya apa hikmahnya, Baginda s.a.w menjawab: " sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah, sama ada yang boleh berkata-kata ataupun yang tidak boleh berkata-kata.

"Salah seorang sahabat pun bertanya, "kenapa ikan tidak mempunyai  lidah?" Sabda Rasulullah s.a.w: " Setelah Allah selesai men ciptakan Adam a.s. maka diperintahkan sekelian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat.

Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari syurga dan dihapuskan rupanya yang elok itu lalu dihantar iblis itu ke bumi. Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut. Pertama sekali yang dijumpai oleh iblis ialah ikan.

Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepada ikan, katanya, "sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada di lautan dan juga di daratan".Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s.
 Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkannya lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.
Oleh itu, marilah kita "jaga" lidah kita supaya tidak hilang seperti lidah ikan.
Berkatalah yang baik, kerana kata-kata yang baik itu adalah sedekah.

Akidah bak biskut : Jual agama kejar dunia

Perjuangan Nabi Muhammad s.a.w sendiri mengambil masa sehingga 13 tahun di Makkah semata-mata untuk memupuk kemantapan akidah di kalangan generasi terawal Islam.

Hasilnya, umat Islam pada peringkat awal itu teguh akidah mereka. Umpamanya Bilal bin Rubah, walaupun diseksa sebegitu teruk di tengah terik matahari, dia tetap cekal mengatakan Allah adalah Esa.

Keluarga Yasir walaupun berdepan dengan hukuman tragis orang kafir, tidak menggadai maruah keimanan mereka.

Tetapi, di akhir zaman ini, akidah umat Islam begitu rapuh malah ibarat biskut yang mudah hancur apabila dicicah dalam minuman.

Apa sudah jadi dengan umat Islam zaman siber yang sanggup melakukan pelbagai perbuatan melanggar akidah seperti ajaran sesat, khurafat, pemujaan malah ada wanita mengaku nabi?

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya:

“Apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu hati manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka, mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi, antara mereka ada puak yang menjual akhlak dan agama mereka dengan habuan dunia.” (Riwayat Ahmad)

Mengulas hadis itu, Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin, berkata ini membuktikan umat Islam akhir zaman mempunyai akidah yang rapuh menyebabkan mereka mudah menukar agama dan mengisytihar diri murtad tanpa rasa bersalah atau malu.

“Hari ini ada juga golongan yang menjual agama kerana mengejar nikmat dunia, menjual tubuh asalkan dapat hidup mewah dan mengejar habuan dunia seolah-olah agama hanya perkara sampingan,” katanya.

Beliau bimbang dengan fenomena mutakhir ini, apatah lagi dengan nisbah bukan Islam berbanding umat Islam termasuk ramai yang lemah imannya.

“Umat Islam patut menjaga iman seperti memelihara nyawa kerana kegagalan berbuat demikian menyebabkan mereka mungkin terjerumus kepada murtad,” katanya.

Menurutnya, ada beberapa perkara yang menjejaskan akidah tetapi ramai tidak mempedulikan.

“Dalam aspek ketuhanan misalnya, jika menganggap Allah bertubuh badan, mempunyai jisim dan isi padu seperti makhluk atau membayangkan serta menggambarkan Allah, hukumnya haram dan boleh menjadi kafir,” katanya.

“Dialah Pencipta langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan dari binatang ternak pasangan-pasangan; dengan itu dikembangkannya zuriat keturunan kamu. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan zat-Nya dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.” (Asy-Syura:11)

Surah al-Ikhlas ayat 4 juga menerangkan mengenai keesaan Allah, tidak serupa dengan apa jua sekalipun:
“Dan tidak ada sesiapapun yang setara dengan-Nya.”

“Begitu juga dalam aspek kenabian. Jika menganggap Nabi Isa a.s sebagai anak Tuhan atau membawa ajaran Kristian hukumnya menjadi kafir.”

“Jika ada mendakwa wahyu turun kepadanya, seseorang itu juga boleh menjadi kafir kerana wahyu diturunkan Allah sudah sempurna.”

“Mengaku menjadi nabi juga tidak boleh sebab Nabi Muhammad s.a.w adalah nabi terakhir,” katanya.

Merujuk kepada fahaman bagi sesetengah aliran Syiah yang melampau, mendakwa malaikat Jibril tersalah menurunkan wahyu pada baginda dan yang sepatutnya pada Ali, ia juga bertentangan dengan pegangan majoriti umat Islam.

Dalam realiti sains hari ini dan ketika fahaman pemikiran bebas tanpa pegangan agama cuba mengambil tempat dalam pemikiran umat dunia, orang Islam turut terkena tempias, sehinggakan ada yang terkeliru mengenai keimanan, dosa, pahala, syurga dan neraka.

Ia menjadi bertambah keliru apabila berdepan dengan cabaran pihak terbabit yang berorientasikan bukti logik dan bersandarkan keupayaan akal manusia semata-mata.

Sudah pasti perkara seperti itu sukar untuk dijelaskan melalui kuasa akal semata-mata kerana ia membabitkan perkara ghaib (sam'iyat).

Beliau berkata, bagi umat Islam perkara ghaib walaupun sukar dibuktikan dengan akal tetap wajib mereka percaya kerana ia salah satu rukun Iman.

“Orang tidak percaya mengenai perkara ghaib seperti dosa, pahala, neraka dan syurga akan menjadi kafir.”

“Wahyu dari Allah walaupun tidak boleh dibuktikan dengan akal dan eksperimen sains, wajib diterima.”

“Benda-benda yang tidak nampak itu didatangkan untuk menguji keimanan kita,” katanya.

Saturday, May 7, 2011

KELEBIHAN MENUNTUT ILMU

Nabi bersabda:
Sesiapa yg menempuh jalan untuk menempuh ilmu maka Allah akan mempermudahkannya jalan ke syurga. Sesungguhnya para malaikat akan menghamparkan sayapnya kepada penuntut ilmu kerana redha apa yg mereka lakukan.

Nabi bersabda:
Dunia ini dilaknat melainkan ingat kepada Allah, ketaatan, orang yang alim ataupun orang yg belajar.(HR Tarmizi).

Nabi bersabda:
Sesiapa yg pergi mencari ilmu maka Allah akan membuka pintu ke syurga untuknya dan malaikat akan menghamparkan sayapnya untuknya dan para malaikat dan para malaikat serta ikan-ikan di lautan mendoakan untuknya.

Nabi bersabda:
Sesiapa yg menuju ke masjid semata-mata untuk menuntut ilmu atau mengajarnya maka dia mendapat pahala seumpama orang yg menunaikan haji yg sempurna hajinya.(HR Tabrani).

Oleh itu, marilah kita sama-sama menuntut ilmu. Terutamanya ilmu yg diwajibkan secara fardhu ain. Ilmu tersebut adalah seperti berikut:

1.Ilmu feqah: Segala perkara yg kita nak buat wajib kita tahu hukumnya sama ada yg berkait dengan ibadah (solat, bersuci, puasa dll) kita, muamalat kita (jual beli, sewa, urusan bank, dan sebagainya), urusan pernikahan (bagi yang nak menikah), hubungan lelaki perempuan, pakaian dan perhiasan, dan banyak lagi.

2.Ilmu tauhid: Secara ringkas dia kena mengetahui tentang ketuhanan, rasul, perkara-perkara yg ghaib dll.

3. Ilmu Tasawuf: Kena tahu penyakit-penyakit hati seumpamanya riak, ujub dsb dan cara nak merawatinya. Ia perlu dilakukan secara berterusan dibawah pengawasan guru yg baik.

Ketiga-tiga ilmu ini perlu kita cari secara berterusan kerana ia diperlukan selagi mana ia bernafas.
Ia lebih penting daripada makanan dan minuman.
Tanpa makanan kita akan terseksa sekejap dan akan mati.
Tanpa ilmu akan menyebabkan mati hati dan roh kita dan boleh menyebabkan su’ul khatimah dan berkekalan di neraka.