Assalamualaikum WBT...
Dewasa kini amat susah untuk mencari kelas pengajian Al-Quran buat kaum wanita. Surau Al-A’laa telah mengadakan kelas pengajian Al-Quran khas buat WANITA sahaja. Sesiapa yang ada kelapangan dijemput hadir. Kelas ini diadakan pada pukul 3.00 petang hari Sabtu di Surau Al-A’laa, Taman Desa Sena, Tasek Gelugor. Kelas ini merupakan kelas pengajian asas Al-Quran kerna memberi penekanan khas pada tajwid. Jadi kepada yang kurang lancar bacaan bolehlah memperbaiki bacaan di kelas ini.
Mulakan hijrah anda dari sini!!!
Disamping itu, saya ingin memberitahu tentang salah satu binaan baharu yang terdapat di Surau Al-A’laa. Syukron Jazilan pihak surau ucapkan kepada individu-individu yang terlibat dalam pembinaan waqaf di surau ini secara terang-terangan mahupun sembunyi. Semoga Allah SWT memberi balasan yang setimpal buat mereka.
(Disediakan oleh : AHMAD LAZUARDEE BIN AHMAD SHUHAIMEE)