CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, November 26, 2010

Man Ana?

Nama diberi oleh pasangan suami isteri, Ahmad Shuhaimee Bin Mohd Desa dan Noraini Bte Zakaria, ialah Ahmad Lazuardee Bin Ahmad Shuhaimee bin Mohd Desa. Adakalanya saya tertanya-tanya, apakah yang dimaksudkan dengan "Lazuardi"??? Apa yang saya tahu, dalam bahasa Inggeris, "Lazuardi" dikaitkan dengan sejenis batu hiasan yang berwarna kebiru-biruan atau lebih tepat lagi berwarna biru langit.

Dilahirkan pada hari Rabu, tanggal 2 Rabiul Awal 1412H bersamaan September 11 1991M. (Satu soklan bodoh, "ada sesiapa yang boleh ubah tarikh kelahiran dia sendiri selain memalsukan tarikh kelahirannya sendiri?") Perkara yang paling saya benci ialah peristiwa buruk terancang yang dirancang pada September 11. Teramat la saya klise dengan kejadian buruk yang membabitkan Muslim. Adakah benar Allah SWT @ Vishnu mengajar Muhammad SAW @ Nara Shamsa, untuk melakukan maksiat diatas muka bumi ini? Bukankah manusia harus sentiasa menyebarkan perasaan kasih sayang pada setiap makhluk yang berada di muka bumi ini?

Anak sulung daripada 4 orang adik beradik. Dilahirkan di Serambi Makkah @ Kelantan Darul Naim. Saya bukanlah hebat dalam pelbagai bidang, hanya lebih berminat untuk berkongsi. Sekian coretan untuk "Man Ana". Wassalam...