CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, December 26, 2011

Kem Generasi Islam 2011

Kem Generasi Islam 2011 yang berlangsung pada 11 ~ 15hb Disember 2011 merupakan program yg dianjurkan oleh Yayasan Paksi Cawangan Tasek Gelugor & AJK Surau Al-A’ala, Taman Desa Sena. Kem ini diadakan di Darus Salam, Pongsu Seribu, Kepala Batas (Simpangnya di depan sebuah kedai membaiki motorsikal di hadapan Taman Koskam).
                 Kem ini diadakan selama 5 hari  4 malam dan disertai seramai 39 peserta yang tinggal diserata Pulau Pinang daripada umur 10 ~ 15 tahun serta dibantu oleh 9 orang fasilitator yang rata-rata merupakan penuntut IPT yang terdiri daripada 4 orang muslimat dan 5 orang muslimin. Apa yang dibanggakan ialah ini merupakan program sulung untuk kanak-kanak dan remaja bagi Yayasan Paksi Cawangan Tasek Gelugor yang masih lagi muda dari segi penubuhannya di Tasek Gelugor.
                Tanggal 11hb Disember 2011 pada pukul 2.00ptg, pendaftaran diadakan di Darus Salam. Peserta disini diterapkan amalan-amalan seperti membaca Al-Ma’thurat selepas solat Subuh dan Asar, membaca surah Al-Mulk sebelum tidur, serta makan dan solat berjamaah. Di samping itu, mereka juga turut membuat hafazan surah-surah lazim dan menghadiri  talaqqi. Di kelas Talaqqi, mereka diajar 2 subjek, yakni “Al-Mukhtasar Al-Mufid” dan “Hadith Matan Arabain Nawawi” dan gurunya juga dari ILMAM, Ustaz Faisol & Ustaz Zulzlee Ariffin. Latihan Dalam Kumpulan (LDK) mereka membincangkan mengenai “Menutup Aurat : Hikmah disebalik kewajipan”.
                Selain itu, terdapat slot-slot tambahan seperti slot motivasi daripada Ustaz Khairul Anuar, Pengerusi Yayasan Paksi, Haji Abdul Ghani dan Saudara Ahmad Shuhaimi. Seterusnya, peserta-peserta juga dihidangkan dengan tayangan video yang menginsafkan jiwa dan membangkitkan semangat juang oleh Saudara Ahmad Lazuardee merupakan salah seorang daripada fasilitator kem ini. Pada malam terakhir, peserta kem ini diminta untuk mengadakan persembahan pada Malam Kesenian Islam, KGI 2011. Disini kita dapat lihat, biarpun peserta diberi tugasan yang agak lewat, tetapi mereka dapat lakukan tugasan tersebut dengan sukses. Tahniah diucapkan pada mereka!

(Disediakan oleh : AHMAD LAZUARDEE BIN AHMAD SHUHAIMEE)


0 comments: