CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, November 9, 2012

Jamuan Kolej Kediaman & Spot Check


Salam sume...
Tanggal 8hb November 2012 telah belangsung Jamuan Makan Malam Kolej Kediaman Sesi Jun 2012 di Dewan Seri Mutiara, Politeknik Seberang Perai. Untuk pengetahuan semua, tema pada malam itu ialah “Back To School”. Suasana sememangnya meriah dengan pelajar memakai pakaian sekolah. (Kawaii-ne~~) Sekalung tahniah diucapkan kepada penganjur program, Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar(JPP), Rakan Pusat Islam (RPI) dan Pembimbing Rakan Siswa (PRS) kerana bertungkus – lumus menjayakan program ini. Tak lupa juga ucapan tahniah kepada semua yang adhoc yang terlibat dalam program ini. Nasihat saya, anda baru sahaja lulus peringkat pertama untuk menjadi ahli kepada kelab yang anda duduki sekarang. Teruskan menabur bakti dan setia kepada kelab anda serta selesaikan masalah secara munasabah, matang dan profesional.

Wah, rmainya!!!

Lawa Kolam diorg buat...

Mari bergambar bersama Achik... 

AJK sedang mengemas DSM...

Mari menyanyi bersama "Aaron" Afif... XD

Pada malam yang sama, kami turut dikejutkan dengan kehilangan barang peribadi milik AJK PRS. AJK Pelaksana Program Jamuan belum sempat menghilangkan penat mereka mengemas dan membersihkan peralatan terpaksa melaksanakan spotcheck ke atas bilik penghuni kolej kediaman. Spotcheck bermula pukul 1.30 pagi berkumpul di dataran blok dan kemudiannya diarah berkumpul setempat di dataran takraw. Spotcheck berakhir pada pukul 4.45pagi. (woit, sejam lagi nak Subuh!!) Misi utama dalam spotcheck ini adalah mencari sebuah komputer riba ASUS A43S hitam, Nvidia 1GB Graphic Card, Intel Pentium Microprocessor, Win7 Profesional OS...


Kesimpulan :

Nokhorom punya perangai. Sebab makhluk ni punya psl, semua penghuni asrama lelaki xdpt tido, xdpt siapkan esaimen, study utk test esok2... (Yare2...) Suma AJK & Adhoc JPKK pegi kelas dgn penatnya... (xpe, lps Jumaat cukupkan balik “jam kredit” tido 2...)



0 comments: