CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, September 4, 2012

Ke Pusara

Salam lebaran suma!!!

Tanggal 2 Syawal yg lalu, nenek, sepupuku, adikku dan aku menziarah kubur atuk, pakcik dan sepupuku di Tanah Perkuburan Mukim Rupek, Kampung Rupek Pendek, Jalan Pasir Hor. Cadangan awalnya, kami ingin ziarah pada petang 1 Syawal. Malangnya, keadaan xmengizinkan kami pergi kerana dihadiri sanak saudara dan jiran tetangga ke rumah. Tambahan pula, pada petang tersebut, cuaca mula hujan seolah-olah menyuci dan merahmati hari kebesaran ini...

Nenek kami pergi bertemankan cucunya bertiga menaiki kereta pada pukul 9.30pagi. Hal ini kerana risau jikalau pada petang nanti akan kembali hujan seperti semalam. (Mmg betul pown.. Mmg hujan pown ptg 2...) Setibanya kami di tanah perkuburan, kelihatan suasananya sungguh indah... Tanah perkuburan yang berada di tengah dusun itu berhadapan dengan sawah padi... (Hati tenang, sayu, mmg feelin' abis la ckp kat ko...) Kami pown mulakan dgn pemberian hadiah kami berupa Surah Al-Fatihah dan Surah Yaasin...

Setelah selesai, aku pown mula bersihkan kubur atuk, pakcik dan adik sepupuku... (Jadik la... cabut2 rumput ats tanah kubo...)

Kubur Atuk & Sepupuku...

Batu Nisan Sepupuku...

Kubur Pak Cik... (Kitorg panggil dia Ayah Man...)




0 comments: