CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, May 11, 2012

SZ Systems Engineering Under Construction

Salam semua...
Hari ni (11hb Mei 2012) merupakan hari yang memenatkan diriku... nak tau kenapa? Sebabnya tempat praktikalku ada membela “haiwan peliharaan” tanpa izin pengurus besar. Dah la tinggal tanpa pengetahuan kami, lepas tu mengganggu komuniti staf-staf di pejabat. Sabo je la...
Pagi ni, debu-debu seperti serbuk teh bertaburan di peralatan pejabat... (Penat kot aku kena sapu!!) Terbau jugak bau hancing kencing “haiwan peliharaan” tu...  Terdapat jugak kulihat kelibat-kelibat mereka yang bergantungan di tepi unit pendingin hawa dan di belakang langsir... Pabila diusik, beterbangan di siling pejabat. (Xlarat aku nak kena tunduk dan elak... Akak2 kat ofis berpekikan menjerit ketakutan... Risau kena gigit... Sakit kowt!!! Mujo la ada abang ni sanggup pi amik sarong tangan yang tebal dan buang menatang ni kowt tingkap...) Kebetulan pulak, pengurus kena hantar tesis dia hari ni... Memang sesuatu yang kurang menyenangkan dan kurang selesa pabila kita terpaksa tidak melakukan kerja seharian. (Bermula daripada lepas solat Jumaat, suasana di pejabat menjadi kelam-kabut...)


Peralatan pejabat diselimuti plastik dan lantai penuhi najis kelawar dan siling yang reput

 Pekerja firma sedang meruntuhkan siling dengan cara menjolok dari bawah kerna lantai siling telah reput


 Ruang pejabat bahagian pengurus projek firma yang telah diselaputi debu-debu dan bersepah

 Ruang pejabat bahagian pentadbiran, perakaunan dan juru ukur bahan yang diselimuti dengan plastik sampah

 Pekerja firma sendiri yang melakukan kerja-kerja selenggara di firma

 Persiapan peralatan untuk menyelenggara siling yang bocor

 Kesan daripada kelam-kabut pengurus menyiapkan tesisnya pada saat-saat akhir (XD)

 Kebetulan juga, pada hari ni ada pemasangan pembahagi di ruang tengah pejabat untuk buat ruang mesyuarat firma

 Kedudukan ruang ini bertambah sempit sehingga memerlukan kebijaksanaan staf membahagikan ruang

 Kerusi-kerusi pejabat tidak tersusun di luar pejabat (Budak praktikal tak buat keje ke??? XD)

Nice View Here...

 
 Eeerrr... (Aduhai... malas nak citer... tgk la sendiri...)

Signboard firma

Main Enterance ke firma ni

Kesimpulan :

Memang memenatkan!!! Tekak kering... Badan dah bau najis kelawar dan gatal-gatal badan memang terasa... Xsangka, akhirnya pengurus aku berjaya jugak siapkan tesisnya hasil daripada bantuan staf dan pelajar praktikalnya terutamanya aku (hehehehe...)  Lagi layan, sebelum balik dapat makan ayam KFC... (hohoho...)

0 comments: