Assalamualaikum sume...
Setiap hari rutin harian saya pada hari bekerja semasa
praktikal ni ialah menunggang motosikal ke tempat kerja. (Tasek Gelugor –
Permatang Pauh) (Memey jauh tapi nok buat
guano, redho je la abe weyh!!! )
Dalam perjalanan, macam2 saya tengok... burung2 beterbangan di angkasa, gerai jual surat khabar, jual sarapan, manusia yang di kategori dalam golongan belia berasak-asak di jalanan menunggang motosikal seperti saya, memandu kenderaan, ada sedang menggunakan pengangkutan awam, yang memandu kenderaan berat juga ada...
TAPI...
Ada satu bahagian yang kurang enak diceritakan buat sahabat2
saya yang berjiwa lembut dan sensatif terhadap makhluk ciptaan Allah SWT ini...
mengenai KUCING...
Apa sebenarnya kaitan perjalanan rutin harian pada waktu
bekerja dengan kucing? Ada sesiapa nampak kesinambungan antara kedua2 ini?
Hmmm, saya nampak yang ni...
Dead Cat Across The Road Haunted By Their Soul
Oh, ada lagi!!! Yang ni...
The Freaking Dead Cat Ever!!!
Lama2 jadi mcm ni...
The Dried Dead Cat
Astaghfirullah Hal Azim... Bakpo jadi gini??? Sebabnya, manusia kini da xda kurang rasa kasih
sayang antara makhluk sekelilingnya... da xda rasa kasih sayang terhadap
binatang sampaikan nyawa haiwan adakala dijadikan sebagai mainan. Sedangkan
Allah ciptakan haiwan ini ada fungsi2nya yang tersendiri.
Tahu x korang, pada zaman Mesir Purba dulu, kalau kucing
peliharaan diorang mati, diorang akan MENCUKUR BULU KENING diorang tanda
berkabung dan jika seseorang pada zaman tersebut membunuh kucing sekalipun
beliau xsengaja (apatah lagi kalau disengajakan...), beliau akan dijatuhkan
hukuman mati (ibaratnya bunuh balas bunuh...) Sehingga begitu sekali mereka
mengagung-agungkan makhluk yang bernama kucing ini.
Tapi berapa ramai orang kat dunia ni yang walaupun kucing
peliharaan diorang xmati pown, diorang akan CUKUR BULU KENING diorang??? Dan
berapa ramai yang telah pun membunuh kucing secara sengaja malah
terang-terangan hingga ditayangkan di internet dengan rasa bangganya membunuh
makhluk ini??? (Ya Allah!!! Hinanya diri kami ini...)
Konklusinya :
Kucing pown makhluk Tuhan jgk... Sama jgk macam Manusia.
Cuma tarafnya berbeza sebab kalau kucing mati xpayah nak kafan2... klau manusia
mati? (korang jawab la sendiri...)
Renung2kan... dan sentiasa berpesan2 utk kebaikan semua...
:D May peace be upon you all!!!




0 comments:
Post a Comment