CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, December 5, 2010

Pengalaman Ramadhan yang tak dapat dilupakan

Semua pernah melalui zaman kanak-kanak. Zaman di mana kita tidak dapat mengenali dan memnbezakan baik buruk dan halal haram. Begitu juga saya semasa sekolah rendah. Zaman dimana hanya kita takutkan orang dewasa. hahaha... Lucu juga pabila kita kenangkannya kembali.

Perkara yang tak dapat saya lupakan ialah pengalaman semasa bulan Ramadhan.

Menjelang Ramadhan, menjadi kebiasaan kanak-kanak dipaksa ke surau dan masjid menunaikan solat Isyak berjemaah, diikuti dengan solat Tarawih dan Witir. Zaman kanak-kanak, solat banyak malas la... buat apa solat bebanyak? main lagi best... kawan-kawan ramai kan? The best just been started... Pabila imam memulakan solat Tarawih, pelbagai ragam yang dapat kita lihat pada masa itu. Kanak-kanak bermain, bergaduh, makan moreh yang sepatutnya dimakan selepas solat Witir. Yang makan tak apa, tak jadi masalah. Yang "borong" tu yang best... Hahaha... Aduhai, zaman kanak-kanak! Yang berlari-lari dalam masjid atau surau menyebabkan kawan-kawan mereka yang tidak bersalah selalu kena 'mark' oleh orang tua yg selalu menyibuk. Mana la keadialn bagi kanak-kanak? Selalu kena 'mark' dengan orang tua!! Yang gengsternya, bakar mercun dalam masjid atau surau. Ya Allah! Hanya Kau saja yang tau betapa sakitnya hati...

Kanak-kanak yang selalu sembahyang main-main ada pelbagai aktiviti. Antaranya, tindih kawan beramai-ramai atau dikenali sebagai "burger", (Kalau tempat lain, tak tau panggil apa) "domino manusia" semasa takbiratul ihram, makan makanan lebihan berbuka dan lain-lain lagi. Hahaha... Ada lagi... Diorang juga suka ganggu orang yang tengah solat dengan membuat lawak. Sebagai contoh, mencucuk punggung org yg tengah sujud dan memasukkan tangan dalam kain orang yang tengah bersujud... (to hardcore!!!)



School Holiday With Iman (2009)

0 comments: